Ar-Rahman, DIA Yang Maha Pemurah

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?      Ar-Rahman :14

PMR 1998 – permulaan segala cita-cita dan perjuangan seorg anak manja… masih igt bila pegi sekolah amik result PMR dgn mak. smua smkab cemerlang masa itu 100%. bukak sekolah, cikgu pon mula susun2 kelas.. yg cemerlang 9A cikgu bagi pilihan.. nk dduk kelas mana. ada 3aliran masa tu.. sains, teknik dan akaun. mostly smua nk dduk kelas sains.. yg  7 6 5 A ni cikgu dah bagi2… ada yg kelas teknik ada yg kelas akaun.. kwn2 saya smua pandai2 genius belaka… 😀 saya dduk kelas teknik..saya x berapa nk genius…. ehee 🙂

SPM2000 – ok..dah ddk klas teknik.. pembelajaran bejln seperti biasa… cuma ada sedikit kenakalan bdk2 sekolah masa itu…hihii.. sedikit..??? hihii pening kepala cikgu man masa tu..owh ..cikgu man adalah ketua warden kiteorg..cikgu yg sgt berdedikasi.. merangkap cikgu sejarah yg sgt best.. sejarah yg bosan tu jadi best.. sbb cikgu man yg ajaq.. tp sbb dia warden tepaksa jadi garang.. hihii.. kenakalan bdk2 sekolah masa itu.. kdg2 blh bt cikgu hilang sabar.. yaa..!! cikgu pon manusia biasa..

di suatu hari.. kamu yg kelas2 teknik ni dok usung drawing board tu merata kalau  x dapat A x la jgk..!! saya cabar kamu dapat sejarah A1..!! owh sgguh marah cikgu waktu itu…

dan di suatu hari yg lain… cikgu dgn nada marah(cikgu lain ye..) … kamu..!! kalau mcm ini result jgn harap nk masuk university..!! masa tu blm spm btl2.. br trial.. owh cikgu… saya bdk bru 17thn.. sjk hari itu.. dlm diri penuh dgn dendam kpda cikgu.. (kpda kwn2 yg menjadi cikgu skrg… jgnlah sumpah anak murid macam itu sekali… mereka bdk bru belajar.. masih perlukan bimbingan anda..kalau masin mulut cikgu..rosak masa depan..huhu ) kerana sampai mati pon anak2 murid akan igt… ya..!! mana mungkin saya blh lupa saat2 itu… !!

….

tefikir pulak nk jadi apa besaq2 esok.. masa tu cikgu Ya.. cikgu kaunseling sgt mengambil berat bab2 nk masuk university.. masa tu cikgu kata klas teknik  jd engineer bagus… ok..!! aku nk jdi engineer..!! ( aku ni xdak cita2..hihii xtau nk jdi apa..) hahaaa rosak2..!! dan mulai saat itu.. setiap kali sujud tak lupa doa dipanjat kan untuk menjadi seorg engineer yg berjaya dunia akhirat…

result SPM – kiteorg smua kna mengadap ketua warden ye nk amik result.. korang ada..? hehee .. masih igt cikgu ckp pada saya waktu itu.. “warnida .. kamu dapat sejarah berapa..?” dgn bangga jwb.. “A1 cikgu..!!” dgn muka x berapa nk puas hati.. cikgu ckp “ye ke..? kamu..? blh A1..?” .. owh…cikgu sekali lg ko bt bdk 17thn ini down..!! buruk sgt ke result aku… x blh masuk U ka aku..? owh cikgu..!! nada dan mimik muka cikgu sampai mati saya blh igt…!! tdk ada ucapan terima kaasih cikgu di waktu itu…. yg ada cuma.. padan muka kau cikgu ..!!! aku dapat A1..hahahaaaa ..(jgn tiru aksi ini..) dgn result itu saya melangkah ke universiti bersama kwn2 yg lain….

maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan…?

2007 – yeeyyyyy…graduation day..!! Bachelor Degree of Mechanical Engineering .. 😀 saya kira mak ayah saya plg gumbira.. pagi2 dah tepacak dkt CAC hall uia..hihiii dan  seutas jam tgn bum hadiah grad.. ampun mak!!  dah rosak 3 4 thn dulu..huhuuu

maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan…?

2009 – ya !! selepas 10thn.. doa itu dimakbulkan… definisi berjaya’ kita adalah berbeza ..ya .. jln itu sudah tebentang luas di depan… cuma perlukan sedikit lg usaha… ‘ berjaya dunia dan akhirat’ sgt tak tercapai akal ku….!!

maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan…?

ok..dah ada kerja.. smua kwn2 dah kawen.. yg ada anak pon dah ada… lalu doa dipanjatkan lg kepada yg maha esa… temukanlah aku dgn jodoh yg baik..suami yg soleh… yg menjadi imamku….anak2 soleh yg mendoakan…

251111 – ok dah kawin..!!! hehee 😀  ya.. !! doa itu dimakbulkan lg…. jodoh yg baik..?  sgt baik.. contoh2 nya ialah.. sethn lbih berkahwin.. bru sekali saya siang ikan.. bru sekali bersihkan ayam… beratus2 kali yg lain semua en.suami yg bt…  baik tak..? baik kan…. 🙂 kalau 30thn lg mungkin 30kali jek…hihiiii 😀

maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan…?

081112 – 4.46ptg lahirlah bayi comel diberi nama Nur Iman Ulwan bin Norkamarizal…rasa syukur dipanjatkan kpda yg Maha Esa.. atas kurniaan yg hebat ini…. ibu doakan iman menjadi anak yg soleh ulamak pewaris nabi.. Nur Iman Ulwan ‘cahaya iman yg tinggi’

maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan…?

1205 – tarikh itu datang lg… rasa syukur dipanjatkan kpda yg Maha esa diatas setiap anugerah dan kurniaan nya…masih diberikan ruang dan kesempatan… di kala usia menganjak 30 .. tidak ada lg  ‘padan muka kau cikgu’ .. yg ada cuma terima kasih cikgu kerana mendidik kami menjadi ‘manusia’.. segala jasa penat lelah cikgu cuma Allah yg dapat membalas nya..halalkan apa yg telah cikgu beri kpda kami….

dan semua ini berkat doa mak dan ayah saya.. siang mlm berdoa utk anak2.. tidak kurang  5x sehari..kalau plg byk.. ?  doa ibu bapa doa yg paling mustajab.. itu janji Allah..!! terima kasih mak ayah… 🙂

dan doa terus dipanjatkan lagi…………

 

maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan…?

 

:D

ya..saya tulis apa yg saya ‘rasa’ :D

apa yg saya rasa…? saya sgt kecewa dgn msia yg sgt byk hiburan !!

ketika satu msia di disemarakkan dgn fenomena ‘ustaz don’ dan ‘ust azhar idrus’ .. knpa  hiburan menjadi medium penting utk dihadapkan kpda belia..? bkn kah fenomena ust2 ini menunjukkan belia kita sedang mencari ‘jalan baru’ dlm hidup masing2..? gembira mendgr mat rempit  pergi ke caramah ust azhar idrus…artis2 mula berhijab.. tidak kah kita terfikir kita semua sedang mencari sinar baru di dlm hidup? masih ada sedikit nuur jauh di sudut hati utk mencari redha illahi… yg diperlukan adalah tangan yg menghulur utk membimbing…

kata pak menteri saya bangga menghimpunkan 2juta belia pda hari ini semasa berlangsungnya konsert himpunan belia. inilah belia yg kita banggakan..! belia generasi baru…! saya kira sudah 2 kali ianya dilaungkan.. satu masa dulu semasa sebuah konsert diadakan..  adakah belia begini yg di bangga kan..? yg diharapkan utk memimpin generasi seterusnya..? saya bukan org politik jauh sekali utk fanatik berpolitik… ini adalah apa yg saya ‘rasa’ …

sejarah islam dahulu.. ada jejak yg perlu di pelajari semula… ! menyusuri perjuangan Sultan Muhammad al-Fatih, baginda adalah sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah..baginda adalah BELIA yang menawan Constantinople pada era pemerintahannya.. BELIA yg berumur 21 tahun pada ketika itu..!! baginda adalah sebaik2 raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera..!!

mungkin terlalu jauh utk kita menjadi seperti nya.. namun tidak salah utk  kita ambil sedikit daripada sejarah baginda utk dijadikan pembakar semangat menyusuri dunia moden hari ini.

wall post rakan saya nazrah di fb:

Zaman sekarang ni kita bukan ketiadaan belia seperti ‘Umar Abdul Aziz’ tetapi kita kekurangan ibu seperti ‘ibu kepada Umar Abdul Aziz’. ~ Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus

bukankah semuanya ini dibentuk dari kecil sehingga ke BELIA…? tepuk dada tya iman… lihatlah dgn mata hati kerana ianya lebih terang … 🙂

 

~tidak salah utk berhibur.. jgn terlampau jgn keterlaluan.. kesederhaan adalah kunci kejayaan..!! 🙂

BERSIH dari kaca mata saya… :)

2804 – terpanggil utk menukilkan sesuatu… melihat org-org melayu seagama bersengketa sesama sendiri.. hanya di sbbkan pandangan poilitik BERSIH dan KOTOR..

BERSIH 3.0 – melihatkan hampir 300000 rakyat msia keluar dijalanan hanya utk menuntut pilihan raya yg bersih dan adil.knapa masih menuding jari sesama bangsa hanya disebabkan pandangan poilitik yg berbeza..?

kenapa tidak ditya mngapa BERSIH diadakan? kenapa adanya BERSIh 2.0, 3.0 dan mungkin juga 4.0 suatu ketika nt? kalau sistem pilihanraya di m’sia khususnya bersih dan adil.. adakah kita sesama bangsa masih akan menuding jari sesama bangsa sesama agama…? merosakkan harta benda awam di jalanan BERSIH..?  melihatkan sesi kita yg amarah dan rakus..? anda sendiri boleh menilai sejauh mana sistem pilihanraya di m’sia… 🙂

1957 – ya.. umno dulu dan umno sekarang jauh berbeza.. umno dahulu memperjuangkan nasib bangsa melayu.. wajib kita mengingati perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu…merasa diri sungguh beruntung hidup di m’sia yg merdeka.. hidup di bumi yg bertuah tiada peperangan cukup makan dan minum..mewah segalanya…tidak seperti di palestine, di somalia yg kebuluran.. TERIMA KASIH dan SYUKUR sentiasa dipanjatkan kepada yg maha esa.. memberi kita nikmat hidup hari ini berkat perjuangan UMNO dahulu…

2012 – masih adakah pejuang-pejuang seperti itu sekarang..? berkorban utk agama dan bangsa..? memperjuangkan nasib rakyat seikhlas hati kerana Allah..? seperti pemimpin yang agung Muhammad Bin Abdullah..? meletakkan segala-galanya kerana takutkan Allah.. ~tidak akan ada lagi pemimpin seperti ku.. melainkan aku.. kita tidak akan sepertinya kerana kita jauh berbeza darinya.. dia adalah rasul Allah yg mulia.. telah diprogramkan oleh Allah menjadi sebaik-baik ciptaan. tetapi kita boleh menjadi seperti nya… wajib menjadi sepertinya.. mengambil contoh dan tauladan baginda nabi yg mulia didalam memimpin manusia.. ISLAM adalah agama yg disanjung suatu ketika dulu..NEGARA ISLAM menjadi contoh yg terbaik dari baginda nabi suatu masa dulu..agama yg BERSIH dan ADIL..agama yg memperjuangkan hak org Islam dan memuliakan hak-hak bukan Islam.

bukan kah ini yg dituntut oleh kita rakyat msia skrg..? org bkn Islam sibuk mencari hak-hak  mereka di bumi msia ini.. dan yg Islam  sibuk memperjuangkan hak sendiri di tanah air sendiri…!!

0205 – berfikir dan lihat sekeliling… drpd 27.7juta rakyat msia, siapa kah yg paling layak memimpin negara? siapa diantara kita seperti seakan-akan sifat nabi yg mulia selayaknya untuk memimpin manusia kembali ke zaman kegemilangan Islam…? cerita dulu-dulu, ada jejak dan iktibar yg perlu disusuri semula…!! imam al-ghazali,  imam yg agung sehingga ke hari ini dididik menjadi sepertinya oleh ibunya sebelum ditiupkan roh ke dalam rahimnya…!!

DAN…

zaman itu HARUS kembali..!! zaman KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM… sudah sampai masanya kita berubah mencipta manusia yg GEMILANG.. mencipta pemimpin yg BERSIH dan ADIL…  supaya tidak akan ada lagi BERSIH 4.0..tidak ada lagi yang bersengketa sesama agama… tidak ada lagi yang terpekik, amarah dan rakus meminta hak masing-masing ditunaikan… 🙂

 
 
~bukan soal apa yg dilihat, tapi bagaimana kita melihatnya~
lihatlah dgn mata hati..DUNIA di tangan AKHIRAT di hati….. 🙂

~ the memories ~

ptg smlm yati call .. tetibe….unexpected. personal wish ‘selamat pengantin baru’ . lamaaaa kiteorg borak.. borak2 pasal SBPA pasal rumah… tetiba teringat kn kekwan..  kwn2 teman seperjuangan teman bersuka ria teman bersedih… semua suda besar rupa nya.. borak pon mcm org besar je… kalau dulu pasal akm mohiuddin pasal syed noh pasal fluid mechanics pasal subjek econs yg mmg bosan tahap gaban… pasal lab report yg x penah abes ..pasal fyp.. pasal dating and movies and goosiipppp .. skrg semua dah berubah… skarg cite pasal keje keje keje yg mmg x penah abes2.. pasal life.. pasal anak2 kecil yg comel2 mcm khalisah…. 🙂

semua nya sudah berubah sekarang….  satu yg x pernah berubah.. kwn2 saya masih ‘bersama’  saya… jauh tetapi dekat… 🙂

gambar yg plg saya suka..!! 🙂 gambar time besuka ria.. zaman yg x penah ada kekesalan… it was a realy a great time back then .. but now, everything is changed.. with a new life..  marrige husband kids… and so on and on… miss the old days ..!!!  gonna miss u guys.. !!

jika sanggup datang mesti sggup pulang

bertemu tidak jemu berpisah tidak gelisah

jika semua nya kerana Allah

🙂

we are moving in.. !!

finally…. we are moving in.. 🙂

setelah penuh berliku mencari ‘our home’ dr sebelum kawen sampai slpas kawen… now we found our ‘homesweethome’.. just enough for both of us for now… jauh cket dr kl.. tmpat pon x bising2.. cuma saya kena rajin bgn pagi2 sekarang…pegi keja sbb nk meredah kl yg jam kalau terlewat. blk, x kisah sgt x kejar masa..

tipu kalau saya kata saya xde rasa apa2 disebabkan ‘kejauhan’ yg sedikit itu.. saya manusia tak  sempurna.. br belajar menjadi seorg isteri..tp bila encek suami tp2 pg kejut saya bgn pg… pkl 5pg teman saya gosok bju… pkl 5pg bt sarapan… rasa ‘kejauhan’ itu semakin hilang… saya semakin boleh menerima persekitaran baru saya…persekitaran sbgai seorg isteri… tak sabar nk hias2 rumah…. 🙂

 

cinta sentiasa ada ruang yg lapang untk di kongsi, bila hati tenang tempat yg sempit menjadi lapang.. dan segala-galanya terasa dipermudah kan….

 

~ bila musim cinta telah berlalu
semailah pohon tanggungjawab
dan musim cinta pun akan kembali lagi
kerana ..
kebahagiaan itu bkn hanya di hujung jalan
tpi di sepanjang jalan
berbahagialah ketika memulakan langkah pertama..!! ~

😀

 

2012

permulaan tahun baru, 2012

kita makhluk Allah yg paling kerdil, siapa kita utk menghalang takdir.. kita tdk mampu utk puaskan hati semua org, setiap insan yg hadir di dalam hidup kita.. pasti ada sedikit nukilan dihati… tetapi siapa kita untuk menidakkan takdir Tuhan.. siapa kita untuk menghukum sesama manusia…. kerana ilmu di dada hanyalah umpama setitik air di lautan.. ilmu yg dipinjamkan utk dimanfaat kan didunia buat bekalan di akhirat…. 

ambillah iktibar daripada kisah dulu2…

cerita rakyat adalah suara hati org bijaksana utk mendidik umat. jgn hanya membaca yg tersurat,  tetapi carilah hikmah dan rahsia yg tersirat. kita akan lebih dekat dgn diri dan masyarakat menerusi teladan dan sempadan nya..! 

bergurulah dgn alam…

alam ini adalah maha karya Tuhan yg sentiasa berbicara dgn manusia tentang keagungan penciptanya. mengapa kita hanya melihat nikmat,  tetapi melupakan pemberi nikmat..? mengapa kita memuji alam ttpi tidak memuji penciptanya..? Allah itu dekat, tetapi kitalah yg sering menjauh…

kata mesti dikota..

kata2 yg indah mengubat rasa yg gundah. kata2 yg benar membuat fikiran menjadi lebih besar. apb keindahan dan kebenaran bergabung, kata2 akan menjadi kuasa yg mampu mengubah JIWA.. 

jangan seperti kisah tupai dan kura-kura..

jgn pernah menghukum sesama manusia..

bkn soal apa yg dilihat, tetpi bagaimana kita melihatnya…

 

 

 

lihat lah dgn mata hati..kerana ianya lebih terang
~nota fikir utk zikir

25.11.11

“Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu.” 

I, am a gift from Allah to someone.
and I, want to let him feel Allah’s love through me.. “

…yang halal, pasti memberi senyum.
buat diri, juga buat yang memerhati..

terima kasih kpda semua .. keluarga dan sahabat2.. diatas doa serta tenaga yg di curahkan… kami mendoakan kebahagian anda juga..!!! 🙂

picture & quote fom ijj’lal – tq ijj

the differences ~ the misunderstand

because we are different, somehow we do misunderstand each other… we misinterpret things…. that’s how we learn things.. learn to communicate…  discover the differences to complete each othersedangkan lidah lg tergigit inikan pula suami isteri.. ( tp belom lg..yer..!!  ada lg semggu lebih kurang…. 🙂 )  when something happen, women.. as always..!! they cry… bkn lelaki x peka.. cuma x sampai nk nagis2 ni… x macho laa.. eheee 

so.. what makes women cry…?

 

Allah berfirman:

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan”

 “Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya “

 “Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh “

“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya “

“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya “

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu”

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”

 

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.”

“Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada.”

 

lps pujuk2 dah x nagis2 laa… mengada2 jek.. ke manja telebey… hahahaa 😛

journey to a new life ~ counting the days

ada lg 9hr. xtau nk rasa apa..yg pasti saya x kurus2 yer… huhuuu sgt sedeh..   sedey kewww… ? hahaaa   .. yg pastinya saya dan encek kesayangan telah melalui hari2 pertunangan dah lebeh 11bln. hari2 pertunangan yg dilalui dgn gembira dan tak gembira. kegembiraan dan kesedihan, kerana setiap hamba Allah pasti di uji… barulah diri belajar berusaha dan menghargai… 🙂

semoga hari2 yg akan dilalui dihadapi dgn penuh kesabaran… amen….

utk encik kesayangan,  temani lah aku di dunia untuk menuju ke syurga…….

 

~bercinta hingga ke syurga~