BERSIH dari kaca mata saya… :)

2804 – terpanggil utk menukilkan sesuatu… melihat org-org melayu seagama bersengketa sesama sendiri.. hanya di sbbkan pandangan poilitik BERSIH dan KOTOR..

BERSIH 3.0 – melihatkan hampir 300000 rakyat msia keluar dijalanan hanya utk menuntut pilihan raya yg bersih dan adil.knapa masih menuding jari sesama bangsa hanya disebabkan pandangan poilitik yg berbeza..?

kenapa tidak ditya mngapa BERSIH diadakan? kenapa adanya BERSIh 2.0, 3.0 dan mungkin juga 4.0 suatu ketika nt? kalau sistem pilihanraya di m’sia khususnya bersih dan adil.. adakah kita sesama bangsa masih akan menuding jari sesama bangsa sesama agama…? merosakkan harta benda awam di jalanan BERSIH..?  melihatkan sesi kita yg amarah dan rakus..? anda sendiri boleh menilai sejauh mana sistem pilihanraya di m’sia… 🙂

1957 – ya.. umno dulu dan umno sekarang jauh berbeza.. umno dahulu memperjuangkan nasib bangsa melayu.. wajib kita mengingati perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu…merasa diri sungguh beruntung hidup di m’sia yg merdeka.. hidup di bumi yg bertuah tiada peperangan cukup makan dan minum..mewah segalanya…tidak seperti di palestine, di somalia yg kebuluran.. TERIMA KASIH dan SYUKUR sentiasa dipanjatkan kepada yg maha esa.. memberi kita nikmat hidup hari ini berkat perjuangan UMNO dahulu…

2012 – masih adakah pejuang-pejuang seperti itu sekarang..? berkorban utk agama dan bangsa..? memperjuangkan nasib rakyat seikhlas hati kerana Allah..? seperti pemimpin yang agung Muhammad Bin Abdullah..? meletakkan segala-galanya kerana takutkan Allah.. ~tidak akan ada lagi pemimpin seperti ku.. melainkan aku.. kita tidak akan sepertinya kerana kita jauh berbeza darinya.. dia adalah rasul Allah yg mulia.. telah diprogramkan oleh Allah menjadi sebaik-baik ciptaan. tetapi kita boleh menjadi seperti nya… wajib menjadi sepertinya.. mengambil contoh dan tauladan baginda nabi yg mulia didalam memimpin manusia.. ISLAM adalah agama yg disanjung suatu ketika dulu..NEGARA ISLAM menjadi contoh yg terbaik dari baginda nabi suatu masa dulu..agama yg BERSIH dan ADIL..agama yg memperjuangkan hak org Islam dan memuliakan hak-hak bukan Islam.

bukan kah ini yg dituntut oleh kita rakyat msia skrg..? org bkn Islam sibuk mencari hak-hak  mereka di bumi msia ini.. dan yg Islam  sibuk memperjuangkan hak sendiri di tanah air sendiri…!!

0205 – berfikir dan lihat sekeliling… drpd 27.7juta rakyat msia, siapa kah yg paling layak memimpin negara? siapa diantara kita seperti seakan-akan sifat nabi yg mulia selayaknya untuk memimpin manusia kembali ke zaman kegemilangan Islam…? cerita dulu-dulu, ada jejak dan iktibar yg perlu disusuri semula…!! imam al-ghazali,  imam yg agung sehingga ke hari ini dididik menjadi sepertinya oleh ibunya sebelum ditiupkan roh ke dalam rahimnya…!!

DAN…

zaman itu HARUS kembali..!! zaman KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM… sudah sampai masanya kita berubah mencipta manusia yg GEMILANG.. mencipta pemimpin yg BERSIH dan ADIL…  supaya tidak akan ada lagi BERSIH 4.0..tidak ada lagi yang bersengketa sesama agama… tidak ada lagi yang terpekik, amarah dan rakus meminta hak masing-masing ditunaikan… 🙂

 
 
~bukan soal apa yg dilihat, tapi bagaimana kita melihatnya~
lihatlah dgn mata hati..DUNIA di tangan AKHIRAT di hati….. 🙂

Leave a comment