ya..saya tulis apa yg saya ‘rasa’ :D

apa yg saya rasa…? saya sgt kecewa dgn msia yg sgt byk hiburan !!

ketika satu msia di disemarakkan dgn fenomena ‘ustaz don’ dan ‘ust azhar idrus’ .. knpa  hiburan menjadi medium penting utk dihadapkan kpda belia..? bkn kah fenomena ust2 ini menunjukkan belia kita sedang mencari ‘jalan baru’ dlm hidup masing2..? gembira mendgr mat rempit  pergi ke caramah ust azhar idrus…artis2 mula berhijab.. tidak kah kita terfikir kita semua sedang mencari sinar baru di dlm hidup? masih ada sedikit nuur jauh di sudut hati utk mencari redha illahi… yg diperlukan adalah tangan yg menghulur utk membimbing…

kata pak menteri saya bangga menghimpunkan 2juta belia pda hari ini semasa berlangsungnya konsert himpunan belia. inilah belia yg kita banggakan..! belia generasi baru…! saya kira sudah 2 kali ianya dilaungkan.. satu masa dulu semasa sebuah konsert diadakan..  adakah belia begini yg di bangga kan..? yg diharapkan utk memimpin generasi seterusnya..? saya bukan org politik jauh sekali utk fanatik berpolitik… ini adalah apa yg saya ‘rasa’ …

sejarah islam dahulu.. ada jejak yg perlu di pelajari semula… ! menyusuri perjuangan Sultan Muhammad al-Fatih, baginda adalah sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah..baginda adalah BELIA yang menawan Constantinople pada era pemerintahannya.. BELIA yg berumur 21 tahun pada ketika itu..!! baginda adalah sebaik2 raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera..!!

mungkin terlalu jauh utk kita menjadi seperti nya.. namun tidak salah utk  kita ambil sedikit daripada sejarah baginda utk dijadikan pembakar semangat menyusuri dunia moden hari ini.

wall post rakan saya nazrah di fb:

Zaman sekarang ni kita bukan ketiadaan belia seperti ‘Umar Abdul Aziz’ tetapi kita kekurangan ibu seperti ‘ibu kepada Umar Abdul Aziz’. ~ Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus

bukankah semuanya ini dibentuk dari kecil sehingga ke BELIA…? tepuk dada tya iman… lihatlah dgn mata hati kerana ianya lebih terang … 🙂

 

~tidak salah utk berhibur.. jgn terlampau jgn keterlaluan.. kesederhaan adalah kunci kejayaan..!! 🙂

Leave a comment